Lama sudah indaku meng-update risalahku ani...
first of all,aku mengucapkan Tahniah kpd smua kwn2ku yg telah pass dan masuk ke semesta dua.Smoga kita di dalam group yg Sama...ku anggap kmu yg segroup dgnku seperti keluarga udah...
Taun ani,byk yg ku pelajari dan byk yg ku lakukan demi seseorg yg ku sygi.
anyway,i ll go 4 now...not active anymore....soe soe soe....
Selama Datang Ke Blog Hj Md Khairul Dini
Sabtu, 2009 Disember 19
Updating...
Dicatat oleh Hj Md Khairul Dini AKA Tuan Hj Dini di 04:27 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Khamis, 2009 Oktober 22
WHAT HAVE I DONE PAST FEW WEEKS???
Dicatat oleh Hj Md Khairul Dini AKA Tuan Hj Dini di 04:50 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 2009 September 30


Dicatat oleh Hj Md Khairul Dini AKA Tuan Hj Dini di 07:14 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Rabu, 2009 September 09
Jika sekiranya aku akan pergi dulu, apa yang harusku perbuat???
Jika sekiranya ianya berlaku kepada diriku, aku akan sedaya upaya untuk bertahan, menekat diriku agar senantiasa ceria, gembira dan jangan sekali-kali nampakan kesedihan. Akanku sembunyikan akan kesakitan yang mengakibatkan aku pergi menemui ajal. Jika sekiranya ianya berlaku, aku akan sedaya upaya untuk membalas kesemua jasa jasa keluargaku.jika ajalku dalam 10 tahun kehadapan, akanku belajar bersungguh-sungguh dan bekerja demi keluarga. Kalau boleh, di waktu pagi aku belajar dan di waktu malam aku bekerja. Aku akan menekat diriku supaya aku dapat meluapakan akan kesakitan tersebut. Kalaulah boleh, aku akan melabur duit, kalau untung dapat simpan untuk kegunaan di masa yang akan datang. Manalah tau tut tut tut, esok lusa aku meninggal, dapat jua keuntungan yang diperolehi atu diserahkan kepada keluarga. Tapi aku tau mana cukup tu. Sia sia saja mereka menjagaku dari damit hingga masa ani. Kalaulah boleh, aku bekerja, melabur duit, berusaha belajar brsungguh sungguh. Sudah dpt hnd atau degree atau master, bekerja demi keluarga trcinta.
Jika aku di suruh melakukan sesuatu sperti kawin, akanku kecewakan mereka, biar aku hidup seorang-seorang. Aku nda mau melukan banyak orang akibat perbuatanku. Jika ajalku hampirlah. Atu Cuma andaian. Pasal apa aku akan hidup memujang, supaya org yg dikasihi atau dicintai atu tidak akan merana kerana kepergian org yang dikasihinya. Sebelum ianya terjadi, biarlah aku merana seorang diri asal mereka gembira dan hidup aman sebelum dan sesudahku pergi. Kadang2, andaian tersebut benar kedang2 boleh tersasar sedikit.
Sudah bekerja, akanku bahagiakan keluargaku dan meluangkan masa kepada dorang. Biarlah aku bersendirian di pantai di kalaku tak terdaya dan apabila sudah hampir ajalku, aku akan berlayar ke suatu tempat yang selalu menjadi igauanku. Aku akan pergi ke suatu tempat, jika berada di sana, hati ini akan tenang serta aman. Semoga aku akan pergi meninggalkan dunia itu di tempat yang ku idam idamkan tersebut.
Tapi apa yangku nyatakan di atas Cuma andaian belaka….
Dicatat oleh Hj Md Khairul Dini AKA Tuan Hj Dini di 21:48 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Ahad, 2009 Ogos 30
Memorial
Dicatat oleh Hj Md Khairul Dini AKA Tuan Hj Dini di 16:27 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: MEMORIAL RE-UNIOUN
Khamis, 2009 Mei 21



Dicatat oleh Hj Md Khairul Dini AKA Tuan Hj Dini di 03:42 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Sabtu, 2009 Februari 28
DIRIKU DOT DOT DOT
DIRIKU DOT DOT DOT
Mungkinkah aku akan mengharumi akan kehidupan ini yang tak kekal abadi? Akankah aku hidup selepas lima tahun ini? Adakah aku akan Berjaya di dalam kehidupan ini? Adakah aku akan senantiasa diingati oleh setiap manusia selepas kepergianku yang kekal abadi pada suatu hari nanti?
Aku bukanlah dia. Dia? Dia? Dia? Siapa? Aku hanyalah manusia biasa. Dulu aku ceria seperti tiada ada masalah yang besarku hadapi tapi sekarang, aku tak terdaya untuk menyelesaikan masalahku yang hanya aku yang mengetahui. Adakah aku akan hidup selepas lima ke sepuluh tahun akan datang? Sedangkan aku ingin mengecapi kebahagiaan di dunia yang belumku perolehi tapi mengenangi akan nasib ini, sepertinya mustahilku lakukan. Adakah aku akan hidup dan mengakhirinya dengan bab bab kesedihan? Sedangkan aku ingin kebahagiaan yang hakiki. Adakah aku akan hidup panjang sedangkan sebaliknya dan langkahku hampir mustahil untuk membalas segala kebahagiaan dan jasa-jasa baik terhadap mereka.
Biarlahku bersendirian dan aku ingin mengekang diriku untuk senantiasa bersendirian. Ku ingin menjadi JUARA tapi, kini aku sudahpun PENGALAH. Walaupun ku dapat mengubah nasibku tapi kekuasaan Allah tak dapat ditandingi oleh sesiapa. Itulah Takdirku yang sudah bertulis di dalam buku-buku Allah Yang Maha Benar.
Kehadiranku di sini, hanyalah sementara dan hayatku pendek. Ku senantiasa merayu kepada Tuhan Yang Maha Esa agar aku mendapat kesejahteraan dan kesihatan yang abadi agar diriku ini dapat berjasa kepada keluargaku yang ku cintai dan ku sayangi.
Kini, ku hanya melihat keindahan alam yang Allah ciptakan agar kita senantiasa bersyukur kepada-Nya. Aku hanya dapat melihat mereka tersenyum. Aku pun tersenyum. Aku akan senantiasa bersenyum dan tersenyum. Aku akan bersenyum pada zahirku dan aku akan menyembunyikan akan kesedihanku. Batinku akan senantiasa bersedih dan sedih dan tersedih. Kenapa ianya terjadi pada diriku ini tapi aku tak menginginkannya tapi ianya sudah takdir Tuhan Yang Maha Esa. Aku hanya pasrah dan akur. Demi orang yang ku sayangi, aku akan sedaya upaya untuk bertahan dan bertahan agar diriku ini senantiasa bersama mereka. Hari demi hari, sepertinya masaku ini semakin suntuk dan akalku buntu serta kekuatanku hampir musnah. Tapi, tiada siapa yang tahu dan sedar betapa diriku ini seperti semut semut. Hayatku seperti semut. Semut? Semutkah? Dan semut?
Renungilah akan al kesah semut. Kenapa semut? Bak kata si Nabil Raja Lawak Yang Ke 2, “Loo Pikirlah Sendiri….” Hapuskanlah kesedihan itu walaupun ianya menyakitkan. Gembiralah walaupun diri itu di dalam kesedihan. Tabahkanlah hati itu waluapun hati ini hancur lebur. Ceriakanlah diri walaupun diri ini diambang kejatuhan dan akan lenyap pada suatu hari nanti. Dan ingatlah orang yang menyayangi akan diri walalupun diri ini hanyalah seorang insan biasa.
“sayangilah Tuhan Yang Esa dan Rasul2nya, keluarga terutama sekali Ayah dan Emak beserta isi2nya, seseorang yang menyayangi akan diri tersebut. Ingatlah pesan2nya kerana segala pesan2nya itu adalah membawa kebaikan tuknya…”
Dicatat oleh Hj Md Khairul Dini AKA Tuan Hj Dini di 16:58 0 ulasan Pautan pada catatan ini




